Stalkers

Assalamualaikum, lama rasanya dah x menulis, busy…(haha). Lama x bukak internet tgk byk offline msj kat yahoo. dan ayat2 mereka lebih kurang sama je, suruh boikot barangan dutch.Mula macam setuju pastu lama2 jadi xtau nk bwat ape. Ade yg kata "bunuh sahaja kafir laknat 2", ade yg kata "boikot brngan diorg,biardiorg rasa".Namun,
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam
telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan
tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”
Namun bila difikirkan,tidakkah tindakan kita seperti orang2 jahiliyah. Kerana salah seorang, satu kabilah diperangi. Aku bukannya menyokong filem 2,tp tidakkah kita memikirkan tindakan boikot kita itu terhadap lebih 2 juta muslim di belanda? aku bukanlah bergantung sgt kepada produk Belanda namun di manakah rasionalnya menghukum seluruh umat belanda diatas salah seorang manusia?
Kerajaan Belanda sendiri telah menafikan kaitan mereka dgn filem tersebut. Malah Imam2 dan ulama’ Belanda sendiri meminta supaya tidak diambil tindakan tergesa2. Bagi mereka, biarlah mereka sendiri yg mendidik org belanda, dan benda2 sebegitu tidak seharusnya dilayan, tidak seharusnya dipopularkan.
Tambah lagi, adakah layak bagi kita memelihara kesucian dan maruah Islam itu dgn HATI, MULUT DAN TANGAN KITA YG KOTOR? ADAKAH BERSIH PALITAN LUMPUR JIKA DISIMBAH DGN AIR YANG JUGA KOTOR. Mmg kita mudah rasa marah, terjentik sikit je islam ,nk melenting. Namun tanyalah diri sendiri, adakah di tangan kita sendiri islam dimuliakan? Apakah nilai yg ada pada kita sehingga mulianya islam? Astaghfirullah hal azim, tepuk dada tanya Iman.
Sesungguhnya, proses memperjuangkan islam adalah proses dalaman, yang bermula dengan proses penyucian umat islam itu sendiri. Apabila bersih airnya, barulah air itu boleh digunakan utk membasuh palitan lumpur yang tertepek keatas islam.
Oleh sebab itu sucikanlah diri kamu wahai muslim, apabila suci diri kamu, nescaya mulialah islam, tanpa dipaksa-paksa, tanpa teriak x tentu hala. Lupakan marah kita pada mereka yg x kenal islam, patutnya marah kita di fokuskan pada manusia yg mengaku saudara islam, namun sibuk melakukan dosa. Sesungguhnya Islam bukan agama separuh2. Kahwin 4 mahu, nak sembahyang liat pula.
Namun pendirian sy ini x termasuk kepada pndirian sy kpd ngr Israel. X tenang diri aku makan atau pakai produk yg digunakan utk mengisi M16 yahudi membunuh penduduk palestin(mayb yg ni ak crita laen kali). Aku menulis bkn mengharap Org membaca, cuma Menulis utk sama2 merasa. Rasa ape? sendiri tanya. Aku tutup dengan satu hadis
“Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain
(musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di
dalam jamuan”. Sahabat bertanya, “apakah semua itu berlaku disebabkan
oleh jumlah kami yang sedikit?”. Rasulullah S.A.W menjawab, “bahkan
ketika itu jumlah kamu amat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih di permukaan banjir. Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit
AL-WAHAN”. Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah al-wahan itu ? “Jawab Rasulullah SAW “ialah cinta dunia dan takut menghadapi maut. ” (Hadis riwayat Abu Daud daripada Sauban).
Sesungguhnya apabila sudah bersatu, barulah islam digeruni

wassalam

5.20 ptg, bilik, ahad

0 Comments:

Post a Comment