Stalkers

Cinta, kisah kita berdua

Mula rasa malas je nak menulis, bukan xda keje aku, aiyak. Namun kepala tepu dgn masalah, baik ak menulis je. Pagi td rasa malas je nak pg kuliah ahad, tp bes gak tayangan rakaman ceramah hari ni. Ustazah siti nurbayah, n husband(actually ak lpe nama husband dia) n abg ipar zhafri(lupe gak nama). Mula ingt nk lawat zhafri kat Hospital, malas.
Bila dgr ceramah 2, teringt ak dulu, betapa manisnya cinta manusia, namun akhirat boleh membawa ke neraka. Dlm ceramah 2, ustaz mengatakan ada 3 peringkat cinta:

1. Cinta yg agung
cinta kepada Allah da RasulNya. Meletakkan Allah dan Rasulnya lebih tinggi dr yg laen.

2. Cinta sederhana
Cinta kepada makhluk Allah yang laen semata2 kerana Allah dan Rasulnya. Aku syg kau, you love me, semua nya keana Allah.

3. Cinta yang hina
Cinta yg berlandaskan hawa dan nafsu. Perasaan yg timbul atas sikap terburu-buru(kapel, awek etc…)

Sesungguhnya islam mmg agama cinta, romantik, namun mestilah kena pada tempatnya, bukan meraba x tentu hala. Di dalam islam, tiada tempat utk kapel, yg ada hanyalah cinta pada Yang Maha Esa, cinta antara adam dan hawa, hanya menerusi Ijab dan kabul. Dimanakah kita?
Aku dulu pun pernah berkapel, rasa malu atas kesilapan aku. Ingatkan kalau xda kata sayang, x berjumpa, maka xda la dosa. Namun bnda 2 adalah salah, setiap hari aku berzina. Sabar, zina ini bukanlah seperti yg anda fikirkan, namun zina inilah yg bahaya, zina hati. Walaupun mcam mana pun mencuba pasti akan teringat pada si dia. Aku berasa sungguh berdosa. Memang fitrah manusia jatuh cinta, namun perlu disalurkan dgn sempurna, jalan yg diredhai Allah, kerana pergaulan perlu dijaga supaya tidak menghampiri zina. Allah berfirman surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
."

Astaghfirullah hal aziim, tanpa aku sedari, dosa yg aku cari.

Teringat pula muvie ayat2 cinta, kisah moden nabi yusuf, bagaimana watak utama berkahwin, melalui taaruf. Mendapat isteri ahli syurga(time tgk 2 rasa jeles yg amat sgt, berdoa Allah mengurniakan aku isteri yg solehah). Bahagianya, aku juga inginkan begitu, tp ak sedar diri sendiri patut dibetulkan.
Time aku clash 2, ada gak rasa sedih, namun teringat ayat al-Quran

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Saranan ak bagi sesiapa yg Allah pernah tanamkan dalam hati dia utk
menjauhi kapel, namun tetap rasa ragu2 bacalah ada web bawah ni, byk
membantu aku. Terima kasih pada kawan yg byk mebazirkan air liu r demi aku berubah. Aku sudah, anda pula bagaimana?

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=801
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=922

0 Comments:

Post a Comment